KUALA LUMPUR: Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 1.97 peratus kepada RM631.26 bilion (2022: RM619.04 bilion) pada 31 Dis, 2023 dengan rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset BNM sebanyak 83 peratus (2022: 81 peratus).
Liabiliti BNM adalah terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan dan mata wang dalam edaran yang masing-masing berjumlah RM176.66 bilion and RM161.82 bilion pada 31 Dis, 2023 (2022: RM221.89 bilion; RM162.07 bilion), kata bank pusat dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, BNM merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM7.16 bilion (2022: RM6.99 bilion) berikutan kenaikan jumlah pendapatan sebanyak RM8.77 bilion (2022: RM8.52 bilion).
Menurut bank pusat, daripada jumlah ini, RM4.31 bilion (2022: RM4.24 bilion) akan dipindahkan kepada Rizab Risiko yang berjumlah RM150.06 bilion pada 31 Disember 2023 (2022: RM116.61 bilion).
"Memandangkan rizab antarabangsa BNM adalah dalam mata wang asing, penting bagi BNM untuk memastikan kedudukan Rizab Risikonya memadai bagi menghadapi volatiliti pasaran kewangan dan turun naik dalam kadar pertukaran asing," katanya.
Baki keuntungan bersih sebanyak RM2.85 bilion (2022: RM2.75 bilion) akan dibayar kepada kerajaan sebagai dividen, kata BNM.
--BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Jumlah aset Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak 1.97 peratus kepada RM631.26 bilion pada 31 Dis, 2023. - Foto BNM
China sedia luaskan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang - Duta
Kerjasama ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan secara berterusan meningkatkan sentimen persahabatan antara rakyat.
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.